Monday, November 19, 2007

Hidup...

Dalam hidup, kita harus tabah menghadapi segalanya.. Walaupun kenyataan itu pahit tapi itulah kenyataan. Kadang-kadang kita sendiri tidak dapat menerima apa yang telah tertulis untuk kita.. Di situlah kita di uji.. samada sanggup atau tidak menghadapi kenyataan ataupun terus lari dari kenyataan. Hidup ibarat roda tidak selamanya kita di bawah... Tapi terimalah kenyataan bahawa tidak selamanya kita di atas. mungkin di bawah itu lebih baik untuk kita kerana ia akan menjadi pengajaran apabila kita sudah berada di atas.

Hari ini ialah sejarah untuk hari esok dan hari semalam adalah kenangan untuk hari ini..


JANGAN TUNGGU HARI ESOK KERANA ESOK TAK MENJANJIKAN APA-APA.WALAUPUN ESOK AKAN TIBA,NAMUN KITA TAK TAHU ESOK ITU UNTUK SIAPA....

Ingatlah kadangkala tuhan hilangkan sekejap matahari kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari matahari kita,rupanya tuhan ingin menghadiahkan kita pelangi yang indah.

Teringat satu pepatah yang sangat menarik dan penuh bermakna. There are always ups & downs in life. But the most important thing is to know when to stand up again! Yeah... thats right.

Jangan menyekat pemikiran sendiri. Fikirlah dengan waras. Bersikaplah rendah diri dengan sesiapa sahaja. Walaupun pada logikanya kita tidak patut merendah diri.. Ingatlah setinggi manapun kita, langit itu sentiasa lebih tinggi dari kita.. Sehinggakan setelah mati pun tempat kita adalah di bawah tanah..

No comments: